1. Perniagaan adalah sumber rezeki yang diredhai Allah. "Hai orang- orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (an-Nisa': 29)
2. Perniagaan merangkumi 9/10 punca rezeki. Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu berniaga kerana sesungguhnya sembilan bahagian dari rezeki berada di dalam perniagaan." (Riwayat Ibrahim al-arabi dari Na'im ibn Abdurrahman)






